1.
Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya
daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira
banyaknya.
2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.
3.
Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian
ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha
Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)
4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)
5.
Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong
jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau
di akhirat .
6.
Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang
ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 :
232-235)
Seperti
amalan selawat, amalan istighfar yang dilakukan secara berterusan juga
akan membersihkan hati yang penuh dengan zulmah hawa nafsu dan secara
tidak langsung menyelesaikan kemelut hati dan kehidupan. Contohnya
istighfar telah menyelesaikan kemelut Nabi Yunus A.S apabila baginda
ditelan oleh ikan Nun . Nabi Yunus A.S dicampakkan oleh Allah Taala ke
dalam laut kerana baginda masih ada ajalat (sifat-sifat mendahului qodo'
Tuhan). Allah Taala memelihara nabiNya daripada sifat-sifat ajalat ini
dengan membenarkan ikan Nun menelan Nabi Yunus A.S. Nabi Yunus A.S
beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah Taala iaitu :
Ertinya: 'Tiada Tuhan melainkan Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang yang menzalimi dirinya.'(Surah Al Qalam : 87)
Sel-sel
nabi Yunus yang maksum kemudiannya dibersihkan daripada sifat-sifat
ajalat. Selepas itu barulah doanya diperkenankan oleh Allah Taala.
Nabi
Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70
kali sehari. Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui
kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya
daripada segala rasa 'Ada Diri' atau 'Rasa Keakuan'.
Sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada Allah Taala yang sangat tinggi nilainya. Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita insyaAllah..
Sabar sayang, sabar. Allah kan ada. Usaha lebih lagi. InshaaAllah.


No comments:
Post a Comment